Wednesday, August 31, 2011

Budak Ungu

Assalammualaikum ,


Tito dah lama ta nampak budak ungu,mungkin budak ungu terlalu sebuk dengan sekolah.Hari tuu sempat juga tito kejar budak ungu dan sembang2 kejap ngan budak ungu.Kadang2 tuu tito fikir budak ungu,tito akan senyap sendirian.Rasa macam menyesal dan rindu masa keluar sama2 dulu.


Tito maseh simpan gambar budak ungu,na buang pown takod.Hmmm tataw na buat apa dah,na pujuk budak ungu tuu memang susah,walaupun hubungan tito dan budak ungu hampir kembali pulih tetapi tito dianggap sekadar kawan biasa.


Memang ramai perempuan lain,tito cuba kapel tapi ta buleh.Ada yang tito kapel hari nieh,esuk tuu tito minta maaf,sebab memang ta buleh na kapel ngan orang lain.Hati tito dok ta senang,selagi ta dapat na berterus terang ngan budak ungu,secara berdepan..


ily budak ungu, - tito's -



Tuesday, July 12, 2011

Dah jumpa penggantinya...

Assalammualaikum,


Dah lama tito cari pengganti dia,sekarang tito telah menemui pengganti dia yang sangat comel.Kulit dia memang lembut,tito suka pegang walaupun bukan milik tito 100% lagi.Dia berkulit hitam manis,mata dia sangat comel dan ketinggian nya buleh dikatakan rendah sahaja.


Percaya tak,ayah tito yang tolong adjust untuk tito ? Memang terbaiklah ayah tito,pilihan yang baik untuk tito.Kalau ada dia,tito sering senyum selalu dengan kebolehan mata dia yang bersinar itu.Jari dia suka bermain-main bila tito berpegang dengan dia,mungkin dia nieh jenis yang nakal-nakal juga.


Inilah dia...




Inilah bakal menemani tito ketika tito bosan,sedeh,seronok dan lain-lain.
-NIKON D5100-

kalau budak ungu ada,mungkin budak ungu orang pertama tito tangkap :(
assalammualaikum 

budak ungu ,

Monday, July 4, 2011

Giler's Masa Depan

Assalammualaikum,


SUMPAH ! TITO memang ta tahu hendak buat apa sekarang ? Dan ta reti na buat pilihan.


Tito sebenarnyakan,awai awai masuk form 6,bila dah belajar,rasa susah pulak.Then,tito isi borang KPTM,dapat DIPLOMA IN MULTIMEDIA,memang sempoi dan suka giler's weyyy ! tapi rasa macam ta oke laa pulak :((


Rasa macam dah "blurrrr",sampai masa depan sendiri pun ta tahu na buat pilihan.Agak agaknya,apa yang akan berlaku selepas ini ?


Semoga yang terbaik ^__^   "Assalammualaikum"

Monday, June 27, 2011

Tito Di Sekolah

Assalammualaikum,


Hari Isnin,Tarikh 27/6/2011 tito kena pergi sekolah disebabkan telah didaftarkan masuk "FORM 6".Memang lawak,tito terpaksa pakai seluar hitam,kasut hitam dan baju lengan panjang.Memang nampak bergaya dan smart laa baby !


"Bila tito pakai pakaian itu,tito nampak macam SKEMA sangatlah"


Rasa segan laa dengan pakaian macam nieh,rasa ta sesuai kodd.Tadi pun,na pergi jalan-jalan kat kawasan sekolah sendiri pun,rasa segan gila-gila.Ta pernah dibuat tito,jalan-jalan cari awek pakai baju lengan panjang :))


Hari nieh,memang sejarah gak lah.Rasa lain,rasa rimas dan macam-macam rasalah.Dalam kelas pun,bosan gak laa sebab tada sapa yang menjadi penghidup kelas tanah air.Semoga hari nie menjadi ingatan,dan esuk menjadi lebeh baik daripada hari ini :P


BABAI dan ASSALAMMUALAIKUM :))

Friday, June 24, 2011

MAHARAJALAWAK

Maharajalawak ialah satu pertandingan yang mengumpulkan finalis-finalis raja lawak 1 hingga 5.Dulu kita pernah dengan raja lawak,dan sekarang ialah maharajalawak.Calon-calon maharajalawak ialah JOZAN,JAMBU,SEPAH,NABIL,R2,BALAS,AMIR,NX3,JIHAN,MAN dan lain-lain.Pengacaranya ialah AC MIZAL.


Hari ini,hari sejarah dalam dunia lawak,iaitu hari final maharajalawak.JOZAN,JAMBU,SEPAH dan NABIL menjadi finalis maharajalawak.Disini tito sangat menyokong JOZAN sahaja kerana lawaknya tanpa henti-henti dan mempunyai gaya yang tersendiri seperti MAIL LAMBUNG dan ACAI :))


Tadi "MAHARAJALAWAK AKHIR",siapa JUARA ? * baca dialog AC MIZAL dibawah.


AC MIZAL : Saya umumkan tempat yang keempat iaitu JAMBU,
JAMBU : Senyum panjang :))
AC MIZAL : Saya umumkan pulak tempat yang ketiga iaitu NABIL,
NABIL : Sentiasa dengan renyeh dia :P
AC MIZAL : Saya umumkan JUARA MAHARAJA LAWAK terlebih dahulu iaitu SEPAH...
SEPAH : Bahagia gila-gila =.="
JOZAN : Menjadi naib juara :((


Disini,tito pun hairan.Kenapa JOZAN boleh jadi naib juara ? Persembahan JOZAN terbaik,mungkin inilah dipanggil rezeki.Kalau na ikutkan SEPAH dengan JOZAN,yang patut menang adalah JOZAN,oleh kerana pertandingan ini jenis undi pakai SMS,so naseb saje lah ;))


Apa-apa pun,tito tetap sokong "MAIL LAMBUNG DAN ACAI"..
Harap-harap JOZAN menjadi yang terbaik dari ladang :P
PEACeee YAWWWWwwwww !!

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Abah

Assalammualaikum ,


"Abah ! cek na habaq nieh , SELAMAT HARI BAPA yeahh ,"


Dia memang seorang bapa yang terbaik tito pernah lihat dan tito sangat beruntung kerana mempunyai abah seperti itu.Bukan itu sahaja,mungkin tito diberi bonus kerana mempunyai mak yang baik juga :))


Abah tito dan mak tito mempunyai tiga anak iaitu,izzat(tito),izzati dan izzuwan(adek).Bapa tito memang seorang yang bertanggungjawab,ini kerana bapa tito tidak pernah mengeluh membesarkan tito.Bila tito fikir,apa yang mereka buat,semuanya untuk keluarga dan tito juga.


Hadiah yang terbesar yang pernah diberi oleh abah dan mak tito ialah kasih sayang,ambil berat tentang tito,dan memenuhi kehendak tito seperti motosikal,playstation 2,dan yang akan datang camera nikon D3100 yang tito minat gila-gila.Mungkin raya tahun nie tanpa awek pun takpa,sebab ada nikon D3100 :P


Ini ucapan hati tito terus ke blog,


"Terutama sekali,aku ingin bersyukur kepadamu ya allah,sebab memberi aku dua orang yang menjaga aku dengan baik.Aku sayang abah aku,aku sayang mak aku,kau tolonglah ya allah,kau panjangkan lah umur mereka,kau murahkan lah rezeki kami,kau bahagiakan lah kami sampai ke hari kiamat."






Tahun 2007

Inilah keluarga tito,
Inilah segala-galanya untuk tito :)) sayang semua nya !! sampai bila bila ,
assalammualaikum ,

Thursday, June 16, 2011

Hilang Setengah Hidup Tito

Kenapa tuhan cuba buat tito macam nieh,hari-hari hidup tito hanya ada kesedehan.Tito dah hilang dia dan kemana pula tito hendak pergi..

"ramai orang kata,usaha itu tangga kejayaan" adakah itu benar ?

Benar atau tidak benar,tito ta tahu tetapi apa yang tito buat sekarang adalah usaha untuk dapatkan dia.Tito akan hilang didepan dia,jika kami berjumpa lalu ia berkata "aku benci ang",disitu tito takkan cari dia dan takkan ada dalam hati dia sudah.Banyak perkataan yang dia kata kat tito dalam mesej,tito na dia kata depan-depan tito agar ia jelas menunjukkan dia suka tito atau tak , :)

Tito na jumpa dia,mungkin itu perjumpaan terakhir jika dia benar-benar bencikan tito..

"ya allah,kenapa kau tunjukkan dia pada aku sedangkan aku hanya menyakitkan hati dia walaupun aku sayang dia"