Wednesday, August 31, 2011

Budak Ungu

Assalammualaikum ,


Tito dah lama ta nampak budak ungu,mungkin budak ungu terlalu sebuk dengan sekolah.Hari tuu sempat juga tito kejar budak ungu dan sembang2 kejap ngan budak ungu.Kadang2 tuu tito fikir budak ungu,tito akan senyap sendirian.Rasa macam menyesal dan rindu masa keluar sama2 dulu.


Tito maseh simpan gambar budak ungu,na buang pown takod.Hmmm tataw na buat apa dah,na pujuk budak ungu tuu memang susah,walaupun hubungan tito dan budak ungu hampir kembali pulih tetapi tito dianggap sekadar kawan biasa.


Memang ramai perempuan lain,tito cuba kapel tapi ta buleh.Ada yang tito kapel hari nieh,esuk tuu tito minta maaf,sebab memang ta buleh na kapel ngan orang lain.Hati tito dok ta senang,selagi ta dapat na berterus terang ngan budak ungu,secara berdepan..


ily budak ungu, - tito's -



Tuesday, July 12, 2011

Dah jumpa penggantinya...

Assalammualaikum,


Dah lama tito cari pengganti dia,sekarang tito telah menemui pengganti dia yang sangat comel.Kulit dia memang lembut,tito suka pegang walaupun bukan milik tito 100% lagi.Dia berkulit hitam manis,mata dia sangat comel dan ketinggian nya buleh dikatakan rendah sahaja.


Percaya tak,ayah tito yang tolong adjust untuk tito ? Memang terbaiklah ayah tito,pilihan yang baik untuk tito.Kalau ada dia,tito sering senyum selalu dengan kebolehan mata dia yang bersinar itu.Jari dia suka bermain-main bila tito berpegang dengan dia,mungkin dia nieh jenis yang nakal-nakal juga.


Inilah dia...




Inilah bakal menemani tito ketika tito bosan,sedeh,seronok dan lain-lain.
-NIKON D5100-

kalau budak ungu ada,mungkin budak ungu orang pertama tito tangkap :(
assalammualaikum 

budak ungu ,

Monday, July 4, 2011

Giler's Masa Depan

Assalammualaikum,


SUMPAH ! TITO memang ta tahu hendak buat apa sekarang ? Dan ta reti na buat pilihan.


Tito sebenarnyakan,awai awai masuk form 6,bila dah belajar,rasa susah pulak.Then,tito isi borang KPTM,dapat DIPLOMA IN MULTIMEDIA,memang sempoi dan suka giler's weyyy ! tapi rasa macam ta oke laa pulak :((


Rasa macam dah "blurrrr",sampai masa depan sendiri pun ta tahu na buat pilihan.Agak agaknya,apa yang akan berlaku selepas ini ?


Semoga yang terbaik ^__^   "Assalammualaikum"

Monday, June 27, 2011

Tito Di Sekolah

Assalammualaikum,


Hari Isnin,Tarikh 27/6/2011 tito kena pergi sekolah disebabkan telah didaftarkan masuk "FORM 6".Memang lawak,tito terpaksa pakai seluar hitam,kasut hitam dan baju lengan panjang.Memang nampak bergaya dan smart laa baby !


"Bila tito pakai pakaian itu,tito nampak macam SKEMA sangatlah"


Rasa segan laa dengan pakaian macam nieh,rasa ta sesuai kodd.Tadi pun,na pergi jalan-jalan kat kawasan sekolah sendiri pun,rasa segan gila-gila.Ta pernah dibuat tito,jalan-jalan cari awek pakai baju lengan panjang :))


Hari nieh,memang sejarah gak lah.Rasa lain,rasa rimas dan macam-macam rasalah.Dalam kelas pun,bosan gak laa sebab tada sapa yang menjadi penghidup kelas tanah air.Semoga hari nie menjadi ingatan,dan esuk menjadi lebeh baik daripada hari ini :P


BABAI dan ASSALAMMUALAIKUM :))

Friday, June 24, 2011

MAHARAJALAWAK

Maharajalawak ialah satu pertandingan yang mengumpulkan finalis-finalis raja lawak 1 hingga 5.Dulu kita pernah dengan raja lawak,dan sekarang ialah maharajalawak.Calon-calon maharajalawak ialah JOZAN,JAMBU,SEPAH,NABIL,R2,BALAS,AMIR,NX3,JIHAN,MAN dan lain-lain.Pengacaranya ialah AC MIZAL.


Hari ini,hari sejarah dalam dunia lawak,iaitu hari final maharajalawak.JOZAN,JAMBU,SEPAH dan NABIL menjadi finalis maharajalawak.Disini tito sangat menyokong JOZAN sahaja kerana lawaknya tanpa henti-henti dan mempunyai gaya yang tersendiri seperti MAIL LAMBUNG dan ACAI :))


Tadi "MAHARAJALAWAK AKHIR",siapa JUARA ? * baca dialog AC MIZAL dibawah.


AC MIZAL : Saya umumkan tempat yang keempat iaitu JAMBU,
JAMBU : Senyum panjang :))
AC MIZAL : Saya umumkan pulak tempat yang ketiga iaitu NABIL,
NABIL : Sentiasa dengan renyeh dia :P
AC MIZAL : Saya umumkan JUARA MAHARAJA LAWAK terlebih dahulu iaitu SEPAH...
SEPAH : Bahagia gila-gila =.="
JOZAN : Menjadi naib juara :((


Disini,tito pun hairan.Kenapa JOZAN boleh jadi naib juara ? Persembahan JOZAN terbaik,mungkin inilah dipanggil rezeki.Kalau na ikutkan SEPAH dengan JOZAN,yang patut menang adalah JOZAN,oleh kerana pertandingan ini jenis undi pakai SMS,so naseb saje lah ;))


Apa-apa pun,tito tetap sokong "MAIL LAMBUNG DAN ACAI"..
Harap-harap JOZAN menjadi yang terbaik dari ladang :P
PEACeee YAWWWWwwwww !!

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Abah

Assalammualaikum ,


"Abah ! cek na habaq nieh , SELAMAT HARI BAPA yeahh ,"


Dia memang seorang bapa yang terbaik tito pernah lihat dan tito sangat beruntung kerana mempunyai abah seperti itu.Bukan itu sahaja,mungkin tito diberi bonus kerana mempunyai mak yang baik juga :))


Abah tito dan mak tito mempunyai tiga anak iaitu,izzat(tito),izzati dan izzuwan(adek).Bapa tito memang seorang yang bertanggungjawab,ini kerana bapa tito tidak pernah mengeluh membesarkan tito.Bila tito fikir,apa yang mereka buat,semuanya untuk keluarga dan tito juga.


Hadiah yang terbesar yang pernah diberi oleh abah dan mak tito ialah kasih sayang,ambil berat tentang tito,dan memenuhi kehendak tito seperti motosikal,playstation 2,dan yang akan datang camera nikon D3100 yang tito minat gila-gila.Mungkin raya tahun nie tanpa awek pun takpa,sebab ada nikon D3100 :P


Ini ucapan hati tito terus ke blog,


"Terutama sekali,aku ingin bersyukur kepadamu ya allah,sebab memberi aku dua orang yang menjaga aku dengan baik.Aku sayang abah aku,aku sayang mak aku,kau tolonglah ya allah,kau panjangkan lah umur mereka,kau murahkan lah rezeki kami,kau bahagiakan lah kami sampai ke hari kiamat."






Tahun 2007

Inilah keluarga tito,
Inilah segala-galanya untuk tito :)) sayang semua nya !! sampai bila bila ,
assalammualaikum ,

Thursday, June 16, 2011

Hilang Setengah Hidup Tito

Kenapa tuhan cuba buat tito macam nieh,hari-hari hidup tito hanya ada kesedehan.Tito dah hilang dia dan kemana pula tito hendak pergi..

"ramai orang kata,usaha itu tangga kejayaan" adakah itu benar ?

Benar atau tidak benar,tito ta tahu tetapi apa yang tito buat sekarang adalah usaha untuk dapatkan dia.Tito akan hilang didepan dia,jika kami berjumpa lalu ia berkata "aku benci ang",disitu tito takkan cari dia dan takkan ada dalam hati dia sudah.Banyak perkataan yang dia kata kat tito dalam mesej,tito na dia kata depan-depan tito agar ia jelas menunjukkan dia suka tito atau tak , :)

Tito na jumpa dia,mungkin itu perjumpaan terakhir jika dia benar-benar bencikan tito..

"ya allah,kenapa kau tunjukkan dia pada aku sedangkan aku hanya menyakitkan hati dia walaupun aku sayang dia"

Sejarah Izzat Tito

Assalammualaikum..


Nama yang tito suka ialah Izzat Tito tetapi disebalik nama itu memang menyakitkan tito.Kisah-kisah dalam hidup izzat tito nie memang menyeronokkan dan menyedihkan.Dalam nama ini,ada seorang perempuan yang tito suka,pernah berhubungan tapi ta kekal.


Oleh itu,tito terpaksa melupakan apa yang tito suka dan ditukarkan kepada kesedihan.Hanya tuhan sahaja yang faham perasaan tito,kadang-kadang tito macam nak lari dari sini tapi tito ta sanggup sebab takkan kerana dia,tito na rosakkan hidup tito.


Tito ta na pentingkan diri sendiri,dia sepatutnya bahagia dengan diri dia,tito faham kenapa dia ada niat macam tu.Tito maafkan dia,tapi hati tito ta leh terima kalau dia pergi dari tito.Tito sendiri pun ta faham,dia ada mimpi tito..


"aku mimpi hang,aku bahagia ngan ang.aku na berbaik ngan ang tetapi kita ta mampu berbaik sebab kita sering bergaduh,"


Bila dia kata macam tu,tito senyum saja sebab tito ta tahu kenapa tuhan buat tito macam nie,kadang-kadang tuhan beri kebahgiaan kepada tito ketika tito nampak muka dia,dan kadang-kadang tuhan beri kesedehan ketika dia mengatakan dia benci tito.


Ok,assalammualaikum :))   sampai aku mati,aku ingat nama hang,aku sayang hang !

Wednesday, June 15, 2011

Niat Seseorang

Inilah kisah niat seseorang dan tito inginkan sesuatu..
Tito menganggap diri dia seakan-akan orang yang penting dalam hidup tito.Bila kawan-kawan tito tanya tentang dia,tito selalu mengatakan diri dia yang terbaik.Muka dia comel,badannya kurus,suka sangat dengan warna ungu.Tito suka dia :))


Tapi... semua dah berubah apabila niat yang dia sembunyikan dari tito selama ni,telah dia terus terangkan kepada tito.Selama nie dia ngan tito hanya sekadar main-main,itulah yang keluar dari hati dia.Pada waktu itu,tito rasa saket gila kat hati,rasa macam dah tiada ubat.Tito bukan na mengata,tetapi dengan perangai dia yang macam tu,menampakkan dia pentingkan diri.


Dia kata kat tito macam-macam,dia lah orang yang pertama yang buat tito ta tentu hala,hidup tanpa tujuan,dan cukup-cukup makan.Tito beri dia semua kepercayaan tito kat dia,semua ini sebab sayang tapi dia ta tahu menghargai,dia hanya fikir na seronok.Kadang-kadang uh,cara dia kata kat tito serupa tito ta dak perasaan langsung,kalau tito ta sedeh,nampak sangat tito bohong.


Tito memang ta puas hati,pandai sangat dia berlakon depan tito,kenapa dia buat macam tuu kat tito.Padahal banyak lagi lelaki-lelaki lain,tito ta pernah buat dosa lagi ngan dia,tiba-tiba dia mainkan tito 


Ok , Assalammualaikum :))


"kenapalah ang buleh ada niat macam tuu kat aku,menyesal gila"

Tuesday, June 14, 2011

Serik Untuk Tito

Assalammualaikum ,
Kenapa dia kata macam tuu ya,memang saket sangat-sangat.Dia kata,dia serik dengan tito.Salah tito juga sebab masa dia ada,tito ta jaga elok-elok,bila dia tiada,tito lak terhengeh-hengeh na jaga dia.Tito pun rasa dah tataw na buad apa dah,semua dah cuba,tapi satu pun ta berjaya,dia nie memang susah na dipujuklah.Tito tunggu je lah,mungkin suatu hari nanti,dia berubah.Kuasa tuhan,kita ta pernah tahu.Dulu tito memang dah putus asa,tapi kadang-kadang tuu bila nampak je dia,ada lak semangat na tunggu dia.Korang semua patut tahu,bercinta nie memang best jika semua hal kita bersabar.Tito dan dia kini seakan-akan tiada peluang terakhir,macam hidup tanpa roh,hanya ada 10% je,iaitu semangat je lah..


hmm,assalammualaikum :))

Monday, June 13, 2011

Dugaan Yang Berat

Assalammualaikum ,
Sebenarnya tito penat aww terima dugaan dari tuhan tapi bila tito fikir,tuhan takkan beri dugaan kepada tito jika tuhan tahu tito ta mampu menahannya.Dugaan ni memang menyakitkan,tentang percintaan lah,tentang duit lah,tentang kehendak lah,macam-macamlah.


Tito dah macam hilang semangat aww bila putus cinta nieh,rasa dah bodoh sebab perempuan.Kadang-kadang tu,rasa macam na lupa gak tentang dia,tapi dia tuu lain lah,sumpah tito suka gila-gila.Kalau tito dah sah-sah hilang dia,mungkin hanya tuhan saja yang faham tito.Walaupun kami dah putus,tito sebenarnya ta dapat menerima apa terjadi dalam hubungan tito dan dia.Kadang-kadang uh,rasa menyesal sebab kata kat dia macam tu.Tito mampu tunggu,tapi tito tataw sama ada berbaloi ke tidak tito tunggu.Tito ta kesah dia na kata apa,janji ta melibatkan keluarga sudah,tito ta pernah rasa malu kalau depan dia,sebab dia bukan kawan tito,dia dah macam keluarga tito,baik pun baik,nakal pun nakal,tapi tito ta kesah lah dia macam mana,yang penting adalah dia..


Tito faham kenapa dia buat macam tu,tapi tolonglah beri peluang,bukan semua manusia sempurna.Mungkin depan mata,semuanya sempurna,tapi perangai atau cara mestilah berlainan.Tito cuba buat baik depan mata dia tapi tito ta rasa dia pandang itu.


Dalam banyak dugaan,dugaan inilah paling berat,setiap hari tito nampak dia..kriss merah,warna ungu,cincin,dan otak selalu fikir tentang dia.. mungkin tito dapat berharap ia menjadi kenyataan,aminnnnn.. :))


dia suka ungu,sebab tu blog warna ungu, BABAI !
assalammualaikum,

Saturday, April 16, 2011

♥ MANCHESTER CITY ♥

Assalammualaikum Semua..


Hari ni tito seronok juga laa,sebab Manchester City(MC) sudah menang dengan Manchester United.Yang seronoknya,Manchester United kalah PIALA FA tuu.Memang sah-sah MC seronok sangat-sangat sebab dah la menang,pas tu dapat masuk FINAL.


MC bermain tanpa khidmat CARLOS TEVES(32) sebab mengalami kecederaan yang serius.YAYA TOURE menjadi HERO dalam perlawanan ini kerana menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 52.Lagi satu,perlawanan ini turut menjemput KAD MERAH untuk memberi ucapan kepada :P


Ek leh,korang semua tengok gambar inilah :)






Itu je tito na tunjuk kepada korang semua,hebat kan..? Ok lah korang semua,tito dah ngantuk nie..jumm tidur.. :D



Wednesday, April 6, 2011

Tito Dan Nouvo LC :(

Ini cerita semalam..
Tito dan kawan-kawan pergi pacifiq di Alor Setar uh.Kami nak main snooker kat tingkat 4 sebab kat situ murah sikit.Lagi pun,malam tu memang best,sebab asyik dapat point je.Kami main snooker kat situ,hampir satu jam juga laa..


Selepas habes main,tito nak kena main futsal lak dan kawan-kawan semua dah balik rumah kodd.Sampai kat shell jalan langgar tuu,hujan lebat..tito bawa slow je laa,elok-elok nak tito nak kekanan,tito tekan brake depan..


Tiba-Tiba tito terjatuh,moto tito terpelanting/terseret jauh juga laa dari tito,manakala tito pula terseret juga,kaki,tangan dan pinggang memang saket sangat.Tito pergi ambil moto tito,bawa ia pergi ke tepi.Yang pelik tuu,moto hanya calar je tapi sedeh juga laa sebab moto baru katakan,dah pun calar.


Tito rasa bersyukur gila,sebab tak dak kereta masa tuu (10.00 PM).Kalau ada,mesti tito dah masuk hospital laa, "Sultanah Bahiyah".Tito yang niat nak pergi main futsal,terus balik rumah sebab dah saket sangat-sangat dah.Pedih kodd bila kena angin,tangan nak gerak rasa saket gak.


Benda-benda yang hilang masa kemalangan tuu :-



  • Handphone (Letak dalam raga)
  • Kunci disc brake(ada kat tengah jalan,malas na ambil)
  • Hilang kasut(Tinggal sebelah)




Handphone jatuh dan terus hilang,naseb baik ada orang jumpa,orang muda-muda gak,tapi ta kenal pun.Naseb baik dia ta curi,dia mai bagi kat tito sendiri.Memang betul-betul dahsyat lah malam tu,sampai keliru tito dibuatnya.



Xsiden nie memang ta best,sebab ta leh nak tidur.Apa-apa pun,korang semua jangan guna brake ketika na berhenti taw,korang semua patut guna kaki bila na berhenti :D


Ok lah semua,itu je cerita tito :B
Ditulis : Izzat Tito


bye >,<
anda mampu mengubahnyer ...

Wednesday, March 23, 2011

SPM ♥ SPM

Assalammualaikum Cemua.. :D


Tito disini ingin mengucapkan tahniah kepada anda yang berjaya dalam SPM.Tito pun bukannya pandai sangat pun,tuu pun ada juga gagal satu,subjek prinsip akaun.Susah juga laa,kalau prinsip akaun lulus,Tito buat kenduri seekor lembu laa :D


Ketika semua orang berseronok dapat A',Tito pun rasa bersyukur gila sebab dah dapat macam ni.Ingatkan banyak gagal,ini satu je yang gagal.Rasa selamat gila-gila laa.Tito dah isi "UPU",Tito minta macam-macam iaitu,di POLITEKNIK,IKBN,UITM dan macam-macam lagi.


Tito memang berharap sangat-sangat nak pindah ke Selangor,nak duk seorang diri.Boleh ambil mood sikit tengah-tengah malam nie.Tito nie dah memang kosong-kosong dengan perempuan,sebab dah hilang MOOD gila-gila.Sekarang nak tumpukan kepada belajar,selepas habes belajar,Tito cari Budak Ungu ataupun orang lain..., * jodoh hanya ditentukan oleh Allah :D


Oke laa semua,semoga puas dengan diri anda.. 


Budak Ungu :P

Sunday, March 13, 2011

BUDAK UNGU...

Ini cecite tentang Budak Ungu dan Tito...


Ungu ^_^


Pada hari Sabtu ini,Tito selalu kena pergi kerja so memang susah laa nak keluar ngan Budak Ungu nie.Secara kebetulan kot,tito pergi kerja balik awal kerana ada kenduri di Ayer Hitam,Asun dan Jerlun tetapi ketiga-tiga tempat itu,Tito tak pergi pun kerana nak jumpa ngan Budak Ungu nie laa...


Cecite nyer bila tito nak pergi kenduri,tiba-tiba mesej sampai dari Budak Ungu tuu.Tito pun pergi je laa kat Budak Ungu,keluarga tito g makan kenduri je laa tanpa Tito.Sampai je kat CP,Tito jumpa je laa Budak Ungu tuu.. tudung kuning lak hari tuu,memang bersinar-sinar laa.. :D


Disitu ada kawan-kawannya iaitu Si Penyepak Tito(Syada) dan Cekgu Tito(Mira).Tito jalan-jalan ngan Budak Ungu.Masa mesej tuu,Budak Ungu nanak CHIPMUNKS tetapi bila dah pilih,Budak Ungu tak maw pulak.Lagi satu,kalau masuk dalam kedai tuu,mesti kena pusing-pusing dalam kedai tuu.. :)




Selepas itu,Tito dan Budak Ungu pergi ke Pak Hainan.Minum-minum je kat situ tapi time order minuman tu,Budak Ungu order yang sama ngan Tito iaitu air coklat pe entah.Budak Ungu minum tak habes pun tapi tak pe,niat sebenar nak g situ untuk tangkap gambar Budak Ungu tuu je.Korang mesti nak tengok kan... :B



Inilah Budak Ungu tuu,cantik kan..? Ok la semua,cecite masa kat Pak Hainan memang best tapi takkan nak cecite semua kan... HAHA ! assalammulaikum...? :D

TITO suka/sayang BUDAK UNGU...

Tuesday, February 22, 2011

Persoalan Hidup Seseorang...

Persoalan dalam diri kita memang banyak,tetapi jawapan kepada persoalan itu memang susah hendak jumpa.Kalau tahu jawapan pun,kadang-kadang betul dan kadang-kadang salah.Persoalan dalam diri kita tidak akan tamat sehinggalah ke akhir hayat.


Masa kita bayi,persoalan belum muncul dalam hidup kita kerana kita belum mampu berfikir.Walaubagaimanapun,persoalan yang kita tak fikir masa bayi itu,telah difikir oleh ibu bapa kita.Contohnya,macam mana hendak bagi kita bahagia,sihat dan lain-lain lagi.


Apabila kita dah berumur antara 7 tahun hingga 15 tahun,kita mesti ada persoalan dalam diri kita.Contoh persoalan itu,ialah tentang permainan hidup kita iaitu pembelajaran dan bermain.Waktu itu,kita hanya tahu hendak bergembira sahaje tanpa memikirkan masa depan.


Sehinggalah kita berumur 18 keatas,kita merasa diri kita dah besar dan tidak mempedulikan sesiapa yang menghalang kita.Pada usia 18 tahun,kita dah lain dari yang lain kerana sewaktu dulu kita hanya belajar dan bermain.Kini kita hanya perlu fikirkan kesenangan iaitu dengan cara bekerja dan pada masa yang sama,kita perlukan teman hidup.


Cerita ini mungkin boleh dikaitkan dengan Tito,ini kerana Tito merasa bosan dengan berumur 18 tahun.Memang penat kalau kita ni berumur 18 tahun,terpaksa kerja selepas habis SPM.Macam-macam dugaan yang Tito rasa,dan kadang-kadang sampai tak larat nak melayan dugaan.


Persoalan pada usia yang macam ini adalah persoalan percintaan dan perkerjaan.Memang sukar untuk berjaya dalam dua-dua persoalan ini kerana manusia mempunyai TEKANAN yang kadang-kadangnya sukar dikawal.


Persoalan perkerjaan ialah sesuatu yang membuat kita BERDUIT ataupun untuk keselesaan diri kita sendiri.Kadang-kadang ia membuat kita jadi lemah dalam mengejar keselesaan kerana penat bekerja.Sekarang mana ada kerja yang boleh curi tulang,ini kerana teknologi sekarang dah canggih.Contohnya,pemasangan CCTV dan lain-lain.


Persoalan percintaan ialah sesuatu yang dapat menemani kita dalam apa jua keadaan.Percintaan tak kan bahagia jika tiada pergaduhan,kerana seseorang akan lepas geram melalui pergaduhan.Percintaan ini memang sukar dijaga,tetapi ia juga dapat melatih kita supaya bersedia dalam perkahwinan.


Bagi Tito,kehidupan kita sudah diatur oleh tuhan dan kita cuma berusaha untuk jadi terbaik sahaje.Biarlah orang kata kita ni teruk,kerana orang yang kata itu adalah SYAITAN yang bertopengkan manusia.


Apa yang tuhan bagi kepada kita,ada kegunaannya dan kelebihannya cuma kita sendiri tidak perasan dengan kuasa tuhan.Contohnya...

  • Tangan : Memberi sedekah...
  • Kaki : Kejalan lurus...
  • Mata : Melihat kiblat...
  • Mulut : Berdoa kepada Nya...
  • Telinga : Mendengar Azan...
  • Hidung : Menarik nafas lega...
Semua yang tuhan cipta untuk kita,ada kegunaan tetapi kita selalu menggunakannya untuk kejahatan tanpa kita sedar.Itulah persoalannya...tetapi jawapannya kita tak mampu berkata apa-apa...


Assalammualaikum...
^_^ Tito..

Saturday, February 19, 2011

Malam ini daaa....

TITO DAN AZIMAH...


Tito ini suka layan game POPSUGAR'S dan MY SHOPS di Facebook itu sampai SATU HARI melekat di rumah.MAK TITO kata "Muhammad ini macam perempuan je,suka sangat duduk dalam bilik".Memang lawak bagi Tito,padahal sah-sah Tito ni lelaki kerana adanya surat beranak..:D


Tepat jam 8.00 PM,Tito pergi hantar adek Tito yang lelaki pergi ke Pusat Tuition Taman Nuri.Selepas hantar,ayah Tito dan ibu Tito hendak pergi ke giant untuk beli barang-barang dapur.


TIBA-TIBA Azimah pun menghantar mesej "ada buku add math tak..?".Tito kata ada,padahal tak dak tetapi dengan pemikiran yang baik dan bagus.Tito pergi mintak tolong Apit yang pemurah itu.Start je motosikal,gerak pergi ambil buku add math dari Apit.Kemudian,baru pergi ke rumah Azimah.Shhhh...kena senyap-senyap.Nanti Ayah dan Ibu bangun,nanti tak pasal-pasal jadi Guru Add Math di rumah Azimah.Elok-elok bagi je buku,dia kata "Thank Q" dengan suara yang lembut dan sedap telinga mendengar..:P


TITO DAN FUTSAL...


Wow..! Tito lama tak main futsal,rasa macam tak pandai hendak sepak bola je.Mula-mula geng lawan tak cukup duit nak main,geng itu ingat murah je tetapi mahal nak mampus juga laa.Kira tak padan dengan tempatnya.


Dalam pukul 11.00 PM baru main,sebab dah cukup duit.Tito dan geng,menang 3-0(GOL TOLAK).Puas juga main malam ini,rasa macam hendak main lagi.


Ok semua,Tito hendak tidur sudah.Bila-bila ada cerita baru,Tito ceritakan yer.Assalammualaikum dan Selamat Malam...

Wednesday, February 16, 2011

Kejadian Di Bukit Pinang...

Tito bangun dari tidur pukul 6.00 am,tapi sambung tidur balik sebab mimpi yang indah semalam.Tito mimpi Azimah laa.Kemudian,Tito bangun dari tidur pukul 8.00 am dan terus mandi.Selepas mandi,tito bersiap laa hendak pergi kerja.Sebelum itu,Tito makan laa nasi lemak yang kurang sedap yer itu.


Tepat jam 8.15 Tito gerak pergi ke Bukit Pinang.Tiba je disana,Tito rasa hari ini orang ramai sangat,tapi semua tua-tua.Tito jalan-jalan kat pasar tuu,ada ikan,udang,sayur-sayuran,pakaian, dan terutama yer "sotong dan durian" sedap yer tapi Tito tak beli pun.Yang Tito beli ada "DONAT BESAR" tengok macam sedap tapi Tito tak makan pun.


Orang di Bukit Pinang tuu memang rapat ngan Tito walaupun semua tua-tua.Seronok gak kawan ngan orang tua,sebab mereka ni tak cakap banyak dan jenis gila-gila gak.Tito nie pantang nampak keropok lekor,kalau nampak mesti beli tak kurang dari RM 3.00.


Sebelah Tito ada penjual "DONAT BESAR" dan kereta yer pun dekat dengan Tito.Setelah beberapa jam berkerja,Tito pun berehat laa dekat ngan kereta penjual "DONAT BESAR" tuu.


Tiba-Tiba pokok apa entah telah jatuh atas kereta penjual "DONAT BESAR" itu.Maksud Tito,bersebelahan dengan Tito.Kalau kena kepala,Tito mesti berada di Hospital Sultanah Bahiyah sudaa.Kejadian ni memang berbahaya sungguh,kalau kena tuu.Memang hilang memory laa...


Tetapi cermin belakang kereta penjual "DONAT BESAR" itu sudah pecah.Kesian kat penjual "DONAT BESAR" itu.Walaubagaimanapun, DONAT YER MEMANG BANYAK DIJUAL !!


Oleh itu,apa-apa yang terjadi..? ALHAMDULILLAH je yang kita mampu katakan...Setiap yang seronok,mesti ada kesedihan.


Assalammualaikum Semua..
^_^

Tuesday, February 15, 2011

Cerita Dengan Azimah...

Cerita hari ini memang seronok dan tito pun tak sangka hari ini,hari yang bertuah dan menyeronokkan tito.

Pagi kelmarin...
Azimah ajak tito pergi taman rimba sebab dia cuti sekolah pagi esok.Kawan-kawan Azimah pun ikut juga iaitu Aina dan Faten.Tito pun oke je la,bukan senang nak keluar ngan Azimah ni.Azimah ni budak SPM lagi.Sudah tentu Azimah ini sibuk dengan belajar dan kerja sekolah.

Hari ini...
Azimah tak jadi pergi taman rimba sebab tak sihat.Tito pun tak jadi la nak pergi taman rimba gak.Tito teman la Azimah mesej supaya Azimah tak rasa sakit kerana tito sudah teman dia mesej.Selepas beberapa jam entah,keadaan Azimah dah baik dan sihat laa jugak.

Dalam pukul 1.30 PM,tito hendak keluar pergi beli baju supaya hilang bosan dan pada waktu itu juga Azimah mesej tito yang dia kini berada di Alor Setar Mall.Tito pun apa lagi,gerak pergi AS Mall laa untuk jumpa Azimah.

Bila tito dah sampai kat AS Mall,tito nampak motosikal Azimah.Tito sengaja pergi parking motosikal tito dekat dengan Azimah.Selepas itu,tito kenalah cari Azimah.On GPS off bluetooth,cari punya cari dan call punya call,last-last kali,Azimah call tito yang dia duk kat bawah.

Sampai je kat Azimah,ada kawannyer yang bernama ainil tu.Tito sembang ngan mereka berdua,tapi muka mereka macam buat tak tahu je.Tito tahu mereka berdua tu suka lawak-lawak.Kami pun duduk je la kat kerusi tu sambil tunggu katty ngan kawannyer.

Tiba-tiba muncul la mereka berdua tu iaitu katty ngan kawannyer tu dan ainel terus ikut mereka lalu dibiarkan Azimah ngan tito.Tito pun jalan-jalan je la ngan Azimah walaupun bosan.Selepas beberapa jam berjalan,tito pun snap gambar dia satu tapi tak nampak muka.


Malu-malu la tuu sebab tito sendiri snap gambar Azimah depan-depan.Kalau dapat sekali ngan muka mesti comel lagi kan.

Selepas itu,tito ngan Azimah pergi la masuk tengok wayang citer "SINI ADA HANTU".Azimah suka tanya "mana hantu..?" Azimah ni berani-berani takut je tuu,sekali hantu keluar,dia yang jerit tito lak tutup mata,tapi Azimah bukannyer tahu pun.Hantu Cina tuu memang terkejut dan lawak gak.


Selepas tengok wayang,kami pun balik je laa walaupun hujan.Tito teman Azimah sampai kerumah,takut-takut jadi apa-apa.Bila semua dah oke,baru tito balek rumah.Tengs Q Azimah..dan assalammualaikum kepada pembaca.

Monday, February 14, 2011

La La La Kerjalah...


SOALAN : HIDUP INI PERLUKAN KERJA KE..?

Hidup ini memang perlukan kerja agar kehidupan kita selesa dan boleh membuatkan keluarga kita bahagia.Memang banyak orang berkerja dan memang banyak orang yang tak berkerja mungkin disebabkan sijil yang ada pada diri seseorang,contohnya sijil SPM.

Tito pun kadang-kadang penat juga berkerja ini tetapi kalau hendak hidup senang,kenalah rajin dan berusaha bersungguh-sungguh.Ayah tito kata "Kerja senang dicari jika ilmu itu ada".Maksudnya kerja dimana-mana ada,jika ilmu ada didalam diri kita.

Zaman sekarang perlukan duit,tanpa duit kita mungkin dianggap orang yang tidak berguna.Kadang-kadang dengan duit itu,kita mampu membahagiakan seseorang yang kita sayang.Pelajar lepasan SPM,jika kamu dah dapat sijil SPM,cuba cari kerja dulu.Kemudian,jika kamu hendak sambung berlajar,sambung je laa tapi kamu jangan berhenti berkerja(KERAJAAN).
*kerja susah nak dapat...

Ini lirik LAGU "LA LA LA KERJALAH"
DARIPADA MEET UNCLE HUSSEIN >,<

Ha...pening kepala...
Memikirkan tak ada kerja..
Dalam anggun pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja

Ooo, lega rasanya....
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama...
Rupa oh rupa2 nya...
Kerjaan saja...

La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja...kerja...

Ahhhh..terpinga-pinga...
Tak puas lagi beradu...mengantuk~...
Subuh hingga senja...
Hari hari sama saja...

Ahh..nak bancuh kopi..
Tapi gulanya tak ada...
Minum saja...
Kerja bagai nak gila..
Sama sahaja...

Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan...
Ku harus kerja..
Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma...
Jika tiada kerja..
Ohhh, papa kedana...

Ok semua,itu je la cerita kedai kopi tito hari ini.Nanti tito cerita tentang hal-hal lain pula.
Assalammualaikum dan Selamat....
>,<

Sunday, January 30, 2011

Kalau Tak Sekolah..? Rindu SEKOLAH !

Hari2 sama je..:(


Dulu p sekolah pown best,boleh gak gelak sakan2 sikit.Sekarang nak gelak pown tak dak masa :D Bosan sunggoh dok kat rumah nie,walaupun ada FB.Kawan2 semua pakat p kerja abes,balek koi 6 dan  Ayon lak p PLKN,lusa nie baru balek.Itu pown sekejap je.Tito kalau nak keluar pown,mesti p DK,Main bolak takraw dan p makan roti canai WAN tuu :P


Teringat lak masa sekolah tuu,adoii :P rindu siot ! hehe :D Rasa macam nak g daftar form 1 balek,naseb bek tak leh ja :P haha..Nak tengok pic kami tak..?













ALAMAK ! TERLEBIH SUDAAA...sori kawan2,tak leh upload byk2,nanti internet slow lak :P Macam ne pic too..? Semua elok kan..? Sekolah ampa macam sekolah tito tak..? 


Ok laa..,titO nak tunjuk yank tuu je..>,<
bye SEMUA !!


>o<

Sunday, January 23, 2011

Internet Aku !!

Camat Pagi Cemua !!
TitO baNguN aWai Ari niE..

BangUn2 je,teruS caRi laPtOp !
HaHa :D
Punya lAa serOnOk nAk mAin gaMe je :)
gaMe..POPSUGAR's
serOnOk saNgat2 lAa wEi :)

titO nO 3,hiMah nO 2,awEk titO nO 1 :D
titO niaT nAk mAin bg saMa maTa ngaN awEk titO 
tp tak saNgka,TERLEBIH SUDAAAAA...
SkruNk titO nO 1 sUdaa..>,<
awEk titO nO 2..:P
toO pOwn,jeNuh mAin,daRi pg sMpai pTg
*laMa saNgat2 dOng !
tp bEst ! sEbab dEkat ngaN awEk :D
CeCey2,.dEkat2 lAk too,aDa jOdOh saNgat2 :)

hEhE..>,< Dah2..,titO daH bLurrr niE :D
naNti kalO da pa2,,titO citer leN ek !
byE bYe bYe seMuaaa...:B