Tuesday, February 22, 2011

Persoalan Hidup Seseorang...

Persoalan dalam diri kita memang banyak,tetapi jawapan kepada persoalan itu memang susah hendak jumpa.Kalau tahu jawapan pun,kadang-kadang betul dan kadang-kadang salah.Persoalan dalam diri kita tidak akan tamat sehinggalah ke akhir hayat.


Masa kita bayi,persoalan belum muncul dalam hidup kita kerana kita belum mampu berfikir.Walaubagaimanapun,persoalan yang kita tak fikir masa bayi itu,telah difikir oleh ibu bapa kita.Contohnya,macam mana hendak bagi kita bahagia,sihat dan lain-lain lagi.


Apabila kita dah berumur antara 7 tahun hingga 15 tahun,kita mesti ada persoalan dalam diri kita.Contoh persoalan itu,ialah tentang permainan hidup kita iaitu pembelajaran dan bermain.Waktu itu,kita hanya tahu hendak bergembira sahaje tanpa memikirkan masa depan.


Sehinggalah kita berumur 18 keatas,kita merasa diri kita dah besar dan tidak mempedulikan sesiapa yang menghalang kita.Pada usia 18 tahun,kita dah lain dari yang lain kerana sewaktu dulu kita hanya belajar dan bermain.Kini kita hanya perlu fikirkan kesenangan iaitu dengan cara bekerja dan pada masa yang sama,kita perlukan teman hidup.


Cerita ini mungkin boleh dikaitkan dengan Tito,ini kerana Tito merasa bosan dengan berumur 18 tahun.Memang penat kalau kita ni berumur 18 tahun,terpaksa kerja selepas habis SPM.Macam-macam dugaan yang Tito rasa,dan kadang-kadang sampai tak larat nak melayan dugaan.


Persoalan pada usia yang macam ini adalah persoalan percintaan dan perkerjaan.Memang sukar untuk berjaya dalam dua-dua persoalan ini kerana manusia mempunyai TEKANAN yang kadang-kadangnya sukar dikawal.


Persoalan perkerjaan ialah sesuatu yang membuat kita BERDUIT ataupun untuk keselesaan diri kita sendiri.Kadang-kadang ia membuat kita jadi lemah dalam mengejar keselesaan kerana penat bekerja.Sekarang mana ada kerja yang boleh curi tulang,ini kerana teknologi sekarang dah canggih.Contohnya,pemasangan CCTV dan lain-lain.


Persoalan percintaan ialah sesuatu yang dapat menemani kita dalam apa jua keadaan.Percintaan tak kan bahagia jika tiada pergaduhan,kerana seseorang akan lepas geram melalui pergaduhan.Percintaan ini memang sukar dijaga,tetapi ia juga dapat melatih kita supaya bersedia dalam perkahwinan.


Bagi Tito,kehidupan kita sudah diatur oleh tuhan dan kita cuma berusaha untuk jadi terbaik sahaje.Biarlah orang kata kita ni teruk,kerana orang yang kata itu adalah SYAITAN yang bertopengkan manusia.


Apa yang tuhan bagi kepada kita,ada kegunaannya dan kelebihannya cuma kita sendiri tidak perasan dengan kuasa tuhan.Contohnya...

  • Tangan : Memberi sedekah...
  • Kaki : Kejalan lurus...
  • Mata : Melihat kiblat...
  • Mulut : Berdoa kepada Nya...
  • Telinga : Mendengar Azan...
  • Hidung : Menarik nafas lega...
Semua yang tuhan cipta untuk kita,ada kegunaan tetapi kita selalu menggunakannya untuk kejahatan tanpa kita sedar.Itulah persoalannya...tetapi jawapannya kita tak mampu berkata apa-apa...


Assalammualaikum...
^_^ Tito..

Saturday, February 19, 2011

Malam ini daaa....

TITO DAN AZIMAH...


Tito ini suka layan game POPSUGAR'S dan MY SHOPS di Facebook itu sampai SATU HARI melekat di rumah.MAK TITO kata "Muhammad ini macam perempuan je,suka sangat duduk dalam bilik".Memang lawak bagi Tito,padahal sah-sah Tito ni lelaki kerana adanya surat beranak..:D


Tepat jam 8.00 PM,Tito pergi hantar adek Tito yang lelaki pergi ke Pusat Tuition Taman Nuri.Selepas hantar,ayah Tito dan ibu Tito hendak pergi ke giant untuk beli barang-barang dapur.


TIBA-TIBA Azimah pun menghantar mesej "ada buku add math tak..?".Tito kata ada,padahal tak dak tetapi dengan pemikiran yang baik dan bagus.Tito pergi mintak tolong Apit yang pemurah itu.Start je motosikal,gerak pergi ambil buku add math dari Apit.Kemudian,baru pergi ke rumah Azimah.Shhhh...kena senyap-senyap.Nanti Ayah dan Ibu bangun,nanti tak pasal-pasal jadi Guru Add Math di rumah Azimah.Elok-elok bagi je buku,dia kata "Thank Q" dengan suara yang lembut dan sedap telinga mendengar..:P


TITO DAN FUTSAL...


Wow..! Tito lama tak main futsal,rasa macam tak pandai hendak sepak bola je.Mula-mula geng lawan tak cukup duit nak main,geng itu ingat murah je tetapi mahal nak mampus juga laa.Kira tak padan dengan tempatnya.


Dalam pukul 11.00 PM baru main,sebab dah cukup duit.Tito dan geng,menang 3-0(GOL TOLAK).Puas juga main malam ini,rasa macam hendak main lagi.


Ok semua,Tito hendak tidur sudah.Bila-bila ada cerita baru,Tito ceritakan yer.Assalammualaikum dan Selamat Malam...

Wednesday, February 16, 2011

Kejadian Di Bukit Pinang...

Tito bangun dari tidur pukul 6.00 am,tapi sambung tidur balik sebab mimpi yang indah semalam.Tito mimpi Azimah laa.Kemudian,Tito bangun dari tidur pukul 8.00 am dan terus mandi.Selepas mandi,tito bersiap laa hendak pergi kerja.Sebelum itu,Tito makan laa nasi lemak yang kurang sedap yer itu.


Tepat jam 8.15 Tito gerak pergi ke Bukit Pinang.Tiba je disana,Tito rasa hari ini orang ramai sangat,tapi semua tua-tua.Tito jalan-jalan kat pasar tuu,ada ikan,udang,sayur-sayuran,pakaian, dan terutama yer "sotong dan durian" sedap yer tapi Tito tak beli pun.Yang Tito beli ada "DONAT BESAR" tengok macam sedap tapi Tito tak makan pun.


Orang di Bukit Pinang tuu memang rapat ngan Tito walaupun semua tua-tua.Seronok gak kawan ngan orang tua,sebab mereka ni tak cakap banyak dan jenis gila-gila gak.Tito nie pantang nampak keropok lekor,kalau nampak mesti beli tak kurang dari RM 3.00.


Sebelah Tito ada penjual "DONAT BESAR" dan kereta yer pun dekat dengan Tito.Setelah beberapa jam berkerja,Tito pun berehat laa dekat ngan kereta penjual "DONAT BESAR" tuu.


Tiba-Tiba pokok apa entah telah jatuh atas kereta penjual "DONAT BESAR" itu.Maksud Tito,bersebelahan dengan Tito.Kalau kena kepala,Tito mesti berada di Hospital Sultanah Bahiyah sudaa.Kejadian ni memang berbahaya sungguh,kalau kena tuu.Memang hilang memory laa...


Tetapi cermin belakang kereta penjual "DONAT BESAR" itu sudah pecah.Kesian kat penjual "DONAT BESAR" itu.Walaubagaimanapun, DONAT YER MEMANG BANYAK DIJUAL !!


Oleh itu,apa-apa yang terjadi..? ALHAMDULILLAH je yang kita mampu katakan...Setiap yang seronok,mesti ada kesedihan.


Assalammualaikum Semua..
^_^

Tuesday, February 15, 2011

Cerita Dengan Azimah...

Cerita hari ini memang seronok dan tito pun tak sangka hari ini,hari yang bertuah dan menyeronokkan tito.

Pagi kelmarin...
Azimah ajak tito pergi taman rimba sebab dia cuti sekolah pagi esok.Kawan-kawan Azimah pun ikut juga iaitu Aina dan Faten.Tito pun oke je la,bukan senang nak keluar ngan Azimah ni.Azimah ni budak SPM lagi.Sudah tentu Azimah ini sibuk dengan belajar dan kerja sekolah.

Hari ini...
Azimah tak jadi pergi taman rimba sebab tak sihat.Tito pun tak jadi la nak pergi taman rimba gak.Tito teman la Azimah mesej supaya Azimah tak rasa sakit kerana tito sudah teman dia mesej.Selepas beberapa jam entah,keadaan Azimah dah baik dan sihat laa jugak.

Dalam pukul 1.30 PM,tito hendak keluar pergi beli baju supaya hilang bosan dan pada waktu itu juga Azimah mesej tito yang dia kini berada di Alor Setar Mall.Tito pun apa lagi,gerak pergi AS Mall laa untuk jumpa Azimah.

Bila tito dah sampai kat AS Mall,tito nampak motosikal Azimah.Tito sengaja pergi parking motosikal tito dekat dengan Azimah.Selepas itu,tito kenalah cari Azimah.On GPS off bluetooth,cari punya cari dan call punya call,last-last kali,Azimah call tito yang dia duk kat bawah.

Sampai je kat Azimah,ada kawannyer yang bernama ainil tu.Tito sembang ngan mereka berdua,tapi muka mereka macam buat tak tahu je.Tito tahu mereka berdua tu suka lawak-lawak.Kami pun duduk je la kat kerusi tu sambil tunggu katty ngan kawannyer.

Tiba-tiba muncul la mereka berdua tu iaitu katty ngan kawannyer tu dan ainel terus ikut mereka lalu dibiarkan Azimah ngan tito.Tito pun jalan-jalan je la ngan Azimah walaupun bosan.Selepas beberapa jam berjalan,tito pun snap gambar dia satu tapi tak nampak muka.


Malu-malu la tuu sebab tito sendiri snap gambar Azimah depan-depan.Kalau dapat sekali ngan muka mesti comel lagi kan.

Selepas itu,tito ngan Azimah pergi la masuk tengok wayang citer "SINI ADA HANTU".Azimah suka tanya "mana hantu..?" Azimah ni berani-berani takut je tuu,sekali hantu keluar,dia yang jerit tito lak tutup mata,tapi Azimah bukannyer tahu pun.Hantu Cina tuu memang terkejut dan lawak gak.


Selepas tengok wayang,kami pun balik je laa walaupun hujan.Tito teman Azimah sampai kerumah,takut-takut jadi apa-apa.Bila semua dah oke,baru tito balek rumah.Tengs Q Azimah..dan assalammualaikum kepada pembaca.

Monday, February 14, 2011

La La La Kerjalah...


SOALAN : HIDUP INI PERLUKAN KERJA KE..?

Hidup ini memang perlukan kerja agar kehidupan kita selesa dan boleh membuatkan keluarga kita bahagia.Memang banyak orang berkerja dan memang banyak orang yang tak berkerja mungkin disebabkan sijil yang ada pada diri seseorang,contohnya sijil SPM.

Tito pun kadang-kadang penat juga berkerja ini tetapi kalau hendak hidup senang,kenalah rajin dan berusaha bersungguh-sungguh.Ayah tito kata "Kerja senang dicari jika ilmu itu ada".Maksudnya kerja dimana-mana ada,jika ilmu ada didalam diri kita.

Zaman sekarang perlukan duit,tanpa duit kita mungkin dianggap orang yang tidak berguna.Kadang-kadang dengan duit itu,kita mampu membahagiakan seseorang yang kita sayang.Pelajar lepasan SPM,jika kamu dah dapat sijil SPM,cuba cari kerja dulu.Kemudian,jika kamu hendak sambung berlajar,sambung je laa tapi kamu jangan berhenti berkerja(KERAJAAN).
*kerja susah nak dapat...

Ini lirik LAGU "LA LA LA KERJALAH"
DARIPADA MEET UNCLE HUSSEIN >,<

Ha...pening kepala...
Memikirkan tak ada kerja..
Dalam anggun pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja

Ooo, lega rasanya....
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama...
Rupa oh rupa2 nya...
Kerjaan saja...

La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja...kerja...

Ahhhh..terpinga-pinga...
Tak puas lagi beradu...mengantuk~...
Subuh hingga senja...
Hari hari sama saja...

Ahh..nak bancuh kopi..
Tapi gulanya tak ada...
Minum saja...
Kerja bagai nak gila..
Sama sahaja...

Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan...
Ku harus kerja..
Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma...
Jika tiada kerja..
Ohhh, papa kedana...

Ok semua,itu je la cerita kedai kopi tito hari ini.Nanti tito cerita tentang hal-hal lain pula.
Assalammualaikum dan Selamat....
>,<