Wednesday, April 6, 2011

Tito Dan Nouvo LC :(

Ini cerita semalam..
Tito dan kawan-kawan pergi pacifiq di Alor Setar uh.Kami nak main snooker kat tingkat 4 sebab kat situ murah sikit.Lagi pun,malam tu memang best,sebab asyik dapat point je.Kami main snooker kat situ,hampir satu jam juga laa..


Selepas habes main,tito nak kena main futsal lak dan kawan-kawan semua dah balik rumah kodd.Sampai kat shell jalan langgar tuu,hujan lebat..tito bawa slow je laa,elok-elok nak tito nak kekanan,tito tekan brake depan..


Tiba-Tiba tito terjatuh,moto tito terpelanting/terseret jauh juga laa dari tito,manakala tito pula terseret juga,kaki,tangan dan pinggang memang saket sangat.Tito pergi ambil moto tito,bawa ia pergi ke tepi.Yang pelik tuu,moto hanya calar je tapi sedeh juga laa sebab moto baru katakan,dah pun calar.


Tito rasa bersyukur gila,sebab tak dak kereta masa tuu (10.00 PM).Kalau ada,mesti tito dah masuk hospital laa, "Sultanah Bahiyah".Tito yang niat nak pergi main futsal,terus balik rumah sebab dah saket sangat-sangat dah.Pedih kodd bila kena angin,tangan nak gerak rasa saket gak.


Benda-benda yang hilang masa kemalangan tuu :-



  • Handphone (Letak dalam raga)
  • Kunci disc brake(ada kat tengah jalan,malas na ambil)
  • Hilang kasut(Tinggal sebelah)




Handphone jatuh dan terus hilang,naseb baik ada orang jumpa,orang muda-muda gak,tapi ta kenal pun.Naseb baik dia ta curi,dia mai bagi kat tito sendiri.Memang betul-betul dahsyat lah malam tu,sampai keliru tito dibuatnya.



Xsiden nie memang ta best,sebab ta leh nak tidur.Apa-apa pun,korang semua jangan guna brake ketika na berhenti taw,korang semua patut guna kaki bila na berhenti :D


Ok lah semua,itu je cerita tito :B
Ditulis : Izzat Tito


bye >,<
anda mampu mengubahnyer ...

No comments:

Post a Comment