Saturday, February 19, 2011

Malam ini daaa....

TITO DAN AZIMAH...


Tito ini suka layan game POPSUGAR'S dan MY SHOPS di Facebook itu sampai SATU HARI melekat di rumah.MAK TITO kata "Muhammad ini macam perempuan je,suka sangat duduk dalam bilik".Memang lawak bagi Tito,padahal sah-sah Tito ni lelaki kerana adanya surat beranak..:D


Tepat jam 8.00 PM,Tito pergi hantar adek Tito yang lelaki pergi ke Pusat Tuition Taman Nuri.Selepas hantar,ayah Tito dan ibu Tito hendak pergi ke giant untuk beli barang-barang dapur.


TIBA-TIBA Azimah pun menghantar mesej "ada buku add math tak..?".Tito kata ada,padahal tak dak tetapi dengan pemikiran yang baik dan bagus.Tito pergi mintak tolong Apit yang pemurah itu.Start je motosikal,gerak pergi ambil buku add math dari Apit.Kemudian,baru pergi ke rumah Azimah.Shhhh...kena senyap-senyap.Nanti Ayah dan Ibu bangun,nanti tak pasal-pasal jadi Guru Add Math di rumah Azimah.Elok-elok bagi je buku,dia kata "Thank Q" dengan suara yang lembut dan sedap telinga mendengar..:P


TITO DAN FUTSAL...


Wow..! Tito lama tak main futsal,rasa macam tak pandai hendak sepak bola je.Mula-mula geng lawan tak cukup duit nak main,geng itu ingat murah je tetapi mahal nak mampus juga laa.Kira tak padan dengan tempatnya.


Dalam pukul 11.00 PM baru main,sebab dah cukup duit.Tito dan geng,menang 3-0(GOL TOLAK).Puas juga main malam ini,rasa macam hendak main lagi.


Ok semua,Tito hendak tidur sudah.Bila-bila ada cerita baru,Tito ceritakan yer.Assalammualaikum dan Selamat Malam...

No comments:

Post a Comment