Tuesday, February 22, 2011

Persoalan Hidup Seseorang...

Persoalan dalam diri kita memang banyak,tetapi jawapan kepada persoalan itu memang susah hendak jumpa.Kalau tahu jawapan pun,kadang-kadang betul dan kadang-kadang salah.Persoalan dalam diri kita tidak akan tamat sehinggalah ke akhir hayat.


Masa kita bayi,persoalan belum muncul dalam hidup kita kerana kita belum mampu berfikir.Walaubagaimanapun,persoalan yang kita tak fikir masa bayi itu,telah difikir oleh ibu bapa kita.Contohnya,macam mana hendak bagi kita bahagia,sihat dan lain-lain lagi.


Apabila kita dah berumur antara 7 tahun hingga 15 tahun,kita mesti ada persoalan dalam diri kita.Contoh persoalan itu,ialah tentang permainan hidup kita iaitu pembelajaran dan bermain.Waktu itu,kita hanya tahu hendak bergembira sahaje tanpa memikirkan masa depan.


Sehinggalah kita berumur 18 keatas,kita merasa diri kita dah besar dan tidak mempedulikan sesiapa yang menghalang kita.Pada usia 18 tahun,kita dah lain dari yang lain kerana sewaktu dulu kita hanya belajar dan bermain.Kini kita hanya perlu fikirkan kesenangan iaitu dengan cara bekerja dan pada masa yang sama,kita perlukan teman hidup.


Cerita ini mungkin boleh dikaitkan dengan Tito,ini kerana Tito merasa bosan dengan berumur 18 tahun.Memang penat kalau kita ni berumur 18 tahun,terpaksa kerja selepas habis SPM.Macam-macam dugaan yang Tito rasa,dan kadang-kadang sampai tak larat nak melayan dugaan.


Persoalan pada usia yang macam ini adalah persoalan percintaan dan perkerjaan.Memang sukar untuk berjaya dalam dua-dua persoalan ini kerana manusia mempunyai TEKANAN yang kadang-kadangnya sukar dikawal.


Persoalan perkerjaan ialah sesuatu yang membuat kita BERDUIT ataupun untuk keselesaan diri kita sendiri.Kadang-kadang ia membuat kita jadi lemah dalam mengejar keselesaan kerana penat bekerja.Sekarang mana ada kerja yang boleh curi tulang,ini kerana teknologi sekarang dah canggih.Contohnya,pemasangan CCTV dan lain-lain.


Persoalan percintaan ialah sesuatu yang dapat menemani kita dalam apa jua keadaan.Percintaan tak kan bahagia jika tiada pergaduhan,kerana seseorang akan lepas geram melalui pergaduhan.Percintaan ini memang sukar dijaga,tetapi ia juga dapat melatih kita supaya bersedia dalam perkahwinan.


Bagi Tito,kehidupan kita sudah diatur oleh tuhan dan kita cuma berusaha untuk jadi terbaik sahaje.Biarlah orang kata kita ni teruk,kerana orang yang kata itu adalah SYAITAN yang bertopengkan manusia.


Apa yang tuhan bagi kepada kita,ada kegunaannya dan kelebihannya cuma kita sendiri tidak perasan dengan kuasa tuhan.Contohnya...

  • Tangan : Memberi sedekah...
  • Kaki : Kejalan lurus...
  • Mata : Melihat kiblat...
  • Mulut : Berdoa kepada Nya...
  • Telinga : Mendengar Azan...
  • Hidung : Menarik nafas lega...
Semua yang tuhan cipta untuk kita,ada kegunaan tetapi kita selalu menggunakannya untuk kejahatan tanpa kita sedar.Itulah persoalannya...tetapi jawapannya kita tak mampu berkata apa-apa...


Assalammualaikum...
^_^ Tito..

No comments:

Post a Comment