Tuesday, February 15, 2011

Cerita Dengan Azimah...

Cerita hari ini memang seronok dan tito pun tak sangka hari ini,hari yang bertuah dan menyeronokkan tito.

Pagi kelmarin...
Azimah ajak tito pergi taman rimba sebab dia cuti sekolah pagi esok.Kawan-kawan Azimah pun ikut juga iaitu Aina dan Faten.Tito pun oke je la,bukan senang nak keluar ngan Azimah ni.Azimah ni budak SPM lagi.Sudah tentu Azimah ini sibuk dengan belajar dan kerja sekolah.

Hari ini...
Azimah tak jadi pergi taman rimba sebab tak sihat.Tito pun tak jadi la nak pergi taman rimba gak.Tito teman la Azimah mesej supaya Azimah tak rasa sakit kerana tito sudah teman dia mesej.Selepas beberapa jam entah,keadaan Azimah dah baik dan sihat laa jugak.

Dalam pukul 1.30 PM,tito hendak keluar pergi beli baju supaya hilang bosan dan pada waktu itu juga Azimah mesej tito yang dia kini berada di Alor Setar Mall.Tito pun apa lagi,gerak pergi AS Mall laa untuk jumpa Azimah.

Bila tito dah sampai kat AS Mall,tito nampak motosikal Azimah.Tito sengaja pergi parking motosikal tito dekat dengan Azimah.Selepas itu,tito kenalah cari Azimah.On GPS off bluetooth,cari punya cari dan call punya call,last-last kali,Azimah call tito yang dia duk kat bawah.

Sampai je kat Azimah,ada kawannyer yang bernama ainil tu.Tito sembang ngan mereka berdua,tapi muka mereka macam buat tak tahu je.Tito tahu mereka berdua tu suka lawak-lawak.Kami pun duduk je la kat kerusi tu sambil tunggu katty ngan kawannyer.

Tiba-tiba muncul la mereka berdua tu iaitu katty ngan kawannyer tu dan ainel terus ikut mereka lalu dibiarkan Azimah ngan tito.Tito pun jalan-jalan je la ngan Azimah walaupun bosan.Selepas beberapa jam berjalan,tito pun snap gambar dia satu tapi tak nampak muka.


Malu-malu la tuu sebab tito sendiri snap gambar Azimah depan-depan.Kalau dapat sekali ngan muka mesti comel lagi kan.

Selepas itu,tito ngan Azimah pergi la masuk tengok wayang citer "SINI ADA HANTU".Azimah suka tanya "mana hantu..?" Azimah ni berani-berani takut je tuu,sekali hantu keluar,dia yang jerit tito lak tutup mata,tapi Azimah bukannyer tahu pun.Hantu Cina tuu memang terkejut dan lawak gak.


Selepas tengok wayang,kami pun balik je laa walaupun hujan.Tito teman Azimah sampai kerumah,takut-takut jadi apa-apa.Bila semua dah oke,baru tito balek rumah.Tengs Q Azimah..dan assalammualaikum kepada pembaca.

No comments:

Post a Comment